Palestine


Sambungan ORIENTASI PELAJAR TAHUN 1 (2011)

on Saturday, March 19, 2011
8/2/2011
Pagi ini mereka bangun awal dan solat subuh secara berjemaah.Selepas sarapan,mereka mula meround kawasan sekolah untuk mengenali tempat pengajian masing-masing.Taklimat H.E.A, H.E.P dan ceramah motivasi diberikan kepada mereka sebelum waktu asar.Pada taklimat itu,ada sebahagian pelajar yang tidur dan tidak memberi fokus yang baik ketika taklimat disampaikan.Setelah selesai solat asar berjemaah,sebelum memulakan aktiviti riadhah,mereka perlu beratur untuk berkawad tetapi malangnya,terdapat pelajar yang lewat dan tidak menepati masa yang ditetapkan.Kepada yang lewat,mereka diberi denda memberitahu name,kesalahan dan ikrar dengan sekuat hati agar didengar oleh orang ramai.Selepas itu,mereka ke padang dengan keadaan berkawad yang ana kira kucar kacir.Aktiviti petang itu dinamakan “kembara sang buta” yang dihandle oleh dua orang abang fasi kita iaitu Tuan Haiqhal Hadi bin Tuan Mahadi dan Mohd Safuan bin Mansor.Aktiviti ini berjalan lancar iaitu mata setiap peserta perlu ditutup dan peserta dipecahkan dari kumpulan masing-masing dan perlu merekakan satu bunyi agar peserta-peserta berada dalam kumpulan masing-masing.Bagi kumpulan yang last berkumpul didenda dengan denda yang setimpal.Aktiviti ini memerlukan kerjasama yang kuat dan pendengaran yang kuat untuk disempurnakan.Pada waktu maghrib,mereka mendengar ceramah daripada ustaz Hafas bin Haji Ali.Selepas solat isya’ mereka ada satu lagi aktiviti iaitu “spider web” yang dijalankan oleh abang urusetia iaitu Wan Mohd Yusoff bin Wan Nawan.Dalam aktiviti ini,mereka perlu bijak dalam menyelesaikan masalah meletakkan pen maker ke dalam botol minuman dengan menggunakan tali yang dipegang oleh setiap peserta dalam kumpulan.Program berjalan dengan lancar pada waktu itu.Setelah berakhir aktiviti,mereka diberi motivasi oleh unit disiplin atas kesalahan yang dilakukan pada hari itu.Ada juga pelajar yang tidak serius dan suke-suke diberi hukuman senyum selama 2minit.Sume kene senyum.

                                                                        (ceramah motivasi)
(kembara sang buta)
(ceramah u.hafas)
(spider web)




9.2.2011(Rabu)
Pagi ini agak suram cuacanya.Kurang kedengaran cengkerik mengeluarkan bunyinya dan pokok-pokok bersama dengan daunnya berdiri tegak menandakan kurangnya angin pada pagi itu.Para peserta bangun lebih awal untuk bersiap bagi mendirikan solat malam secara berjemaah yang dilakukan di dewan seminar ataupun di atas dataran menghadap dewan seminar.Para peserta kelihatan begitu mengantuk kerana pada malam itu,mungkin mereka bersembang tentang perjalanan minggu orientasi lantas menyebabkan mereka tidur agak lewat.Akan tetapi,itu tidak mematahkan semangat para peserta bagi menyudahkan aktiviti pada pagi itu.Selepas solat subuh dan sarapan,mereka disajikan dengan ceramah“teknikhafazanberkesan 1 dan 2”.Ceramah itu kurang memuaskan para fasi dan urusetia kerana terdapat pelajar tahun 1 yang tidur sewaktu ustaz yang bertugas member ceramah.Ia dianggap merugikan kerana ceramah itu adalah cara yang ditunjukkan oleh ustaz untuk memudahkan hafalan dan mengingatinya.Selesai solat zohor,aktiviti yang menanti mereka adalah“holding on you”.Aktiviti ini dikendalikan oleh pihak urusetia iaitu Wan MohdYusoff bin Wan Nawang.Aktiviti ini bermula dengan barisan memanjang yang dibuat oleh setiap kumpulan dan orang paling hujung mengambil telur seterusnya memecahkan telur keatas tangannya.Mereka perlu bekerjasama untuk membahagikan telur yang dipecahkan iaitu telurkuning dan putih itu ketangan ahli kumpulan yang lain dan orang yang paling akhir itu memasukkan telur yang berada di dalam tangan ke dalam botol yang disediakan.Bukan mudah kerana sewaktu memindahkankan telur,mereka dikacau oleh abang-abang fasi dan urusetia dan ini menyusahkan lagi tugasan mereka.Bagi masa yang lebih dari aktiviti itu,mereka dikenakan denda kerana menghilangkan barang amanah mereka.Denda yang diberikan adalah mengejutkan banat untuk solat asar.Bagaimana dendanya?Mesti anda semua nak tahukan.Bagi perserta yang lambat,mereka perlu mengadap asrama banat,ditepi dewan ibnumas’ud dan menyebutnama,kesalahan dan ikrar dengan sekuat hati dan yang selebihnya perlu menjerit “barang amanah kami adalahberus gigi dan ubat gigi” dengansekuat hatimereka.Dan ternyata jeritan para peserta itu mengejutkan banat-banat yang tidur.Selepas solat asar,mereka menghadiri raptai majlis penutup dan seterusnya berlatih untuk latihan“malam kesenian islam” yang mana malam kesenian islam itu adalah acara kemuncak pada mana-mana orientasi yang diadakan yang dihadiri oleh semua pelajar IQT.Pada waktu maghrib mereka mendengar kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Zaini dan selepas waktu isya’,tibalah acara yang dinanti-nanti oleh semua pelajar iaitu“malam kesenian islam”.Para peserta mendapatkan tempatmasing-masing dan dari situ,jelas bahawa mereka telah melakukan persediaan yang rapi bagi mempersembahkan persembahan yang terbaik dari kumpulan masing-masing.Antara kumpulan yang menarik perhatian penonton adalah kumpulan  2  yang mempersembahkan nasyid yang diketuai oleh Aiman iaitu bekas ahli nasyid di Imtiaz Dungun.Kumpulan 3 juga menarik perhatian dengan lirik dikir barat yang begitu menyentuh jiwa para penonton dan dua kumpulan lagi mempersembahkan pantomen dan lakonan.Mereka semua berbakat dan mempersembahkan persembahan masing-masing dengan baik sekali.Juara bagi malam kesenian islam jatuh pada kumpulan 2 yang mempersembahkan nasyid yang bernama “mardhotillah”.Majlis pada malam yang indah itu berakhir dengan keadaan yang lancer walaupun terdapat sedikitmasalah yang berlaku.Selepas itu,semua peserta tidur dengan nyenyak dan lena sekali.

                                                           (holding on you)
(denda)
(malam kesian islam)




 10.2.2011(Khamis)
Kreekk…Kreeekkk….Kreeekk…Kedengaran bunyi cengkerik yang begitu menyeramkan..Seawal pukul 4pagi,peserta telah pun membangunkan diri masing-masing bagi menghadiri program last iaitu program muhasabah yang dikendalikanolehUstazSalman.Dalam program ini,peserta tampak begitu mengantuk dan tidak dapat member respon yang baik kepadaUstaz Salman menyebabkan mereka didenda dan dimarahi bagi menyegarkan mereka.Banyaknasihatdan kata-kata semangatdariUstaz Salman kepada pelajar tahun 1 agar mereka tidak putus asa dalam mendalami ilmu al-quran kerana Ustaz Salman sendiri tahu akan dugaan dan ujian yang berat kepada orang yang ingin menghafal dan tidak lain tidak bukan menjadi wajib untuk menjaga al-quran.Teringat sayaakan kata-kata Ustaz Salman,”kamu tidak boleh cinta kepada orang lain selagi kamu tidak cinta kepada 5 ini iaitu ALLAH SWT,Nabi Muhammad SAW,IbuBapa,Ilmu dan Diri kamu sendiri”.Apabila tamat sesi muhasabah,semua peserta,fasi danUstaz Salman ke surau bagi menunaikan solat subuh secara berjemaah.Pada pukul 8,peserta terlibat dengan larian huffaz 2011 dan seterusnya perasmian penutup oleh pengarah Dr Ahmad Bazli bin Shafie.Dr Ahmad Bazli mengingatkan para palajar agar tidak lari dari hadaf atau tujuan pertama yang ada pada diri masing-masing iaitu ingin menghafal dan menjaga  al-quran dengan sebaiknya.

Kesimpulannya,dengan adanya program Orientasi,para pelajar lebih mengerti akan kehidupan di bumi IQT danmenghormati abang-abang senior.Tidak lain tidak bukan,program Orientasi adalah untuk merapatkan hubungan antara sesame pelajar tahun 1 dan pelajar lain.Seperti yang biasa kita lihat,apabila berpindahnya sekumpulan pelajar dari sekolah same ke sekolahlain,mereka akan duduk dalam kelompok yang sama.Jadi,dengan adanya minggu orientasi,kami memecahkan kumpulan dari sekolah same dan mencampurkan mereka dari pelbagai sekolah agar mereka dapat mengenali semua sahabat yang sama tahun dengan mereka.Dengan keizinan Allah SWT,dapat pihak fasi dan urusetia sudahi minggu orientasi dengan lancer dan dapat keizinanNYA untuk saya post dalam blog ini.Saya harap anda seronok membacanya dan rakyat Malaysia diharuskan supaya banyak membaca kerana banyak membaca dapat menambahkan ilmu.Dan tidak kitaragui bahawa wahyu pertama yang turun adalah “Iqra’” yang bermakna bacalah.So,bacalahbanyak-banyak kerana dapat menambahbaikkan lagi bahasa kita.So..So..Bacalah..

Saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat salah bahasa atau apa-apapun..Ana Dhoif..Terima kasih,Trimas,Gracias,Syukran,Asante,teşekkürederim,cảmơnbạn, คุณขอบคุณ,Спасибо,ありがとうdan merci..Wallahu a’lam..



0 comments:

Post a Comment

Followers

Some Memories

Dia Kekasih Allah