Palestine


Ustaz Harun Din Tumpaskan Mubaligh Hindu.CAMNE KISAHNYER??

on Saturday, May 28, 2011
Salam sejahtera sume..

Arap sume dalam keadaan chat2 blake..Sego2 blake..Arini kite bakal tau someting bout org hebat kt negara kiter nih..Susah nk cr tau..dlm berjuta2,mgkin ade sorg..Ni biodata Ustaz Haron Din..

Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359 (Tarikh Hijrah ini mengikut kiraan Komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Berkahwin dengan seorang Isteri dan dianugerahkan Allah dua orang anak lelaki dan tiga perempuan. Beliau dibesarkan dikalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada masyarakat setempat. Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik.Mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki menakala enam adik perempuan.Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama terkenal iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din. Ayahanda beliau dikenali sebagai sebagai Lebai Din, yang juga seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan Islam.

Maaf kerana ambil mase anda...emm..Kalu kite ade msalh keluarga,atau ade ape2,jgn trus mrh2..kiter check dulu.sbb mgkin ade sstu di sblik perkara itu..Antaranye ade org sihir ahli kluarge kite..ade santau ataupn ade hntr ape2 shge kluarge kite kucar blana,kucar kacir.Ade jgak smpai xleh bgun.Dan ade mslahnye..biasanye org akn jumpe bomoh..Bkan sy xbg tp xsyor mane sbb byk mslh bsar yg berlaku skrenye kite jmpe bomoh..antaranye dicabul,dirogol n mgkin mslah akan jd lbih truk.Ini pernah terjadi sbb tu sy brani sbut camtu..Sekiranya ade mslah,jgn jmpe bomoh..kite pergi ke tmpat yg ade tauliah sperti Darussyifa ataupun org yg dipilih oleh ustaz2 di kg kite..Antara org hebat ialah Ustaz Haron Din..NI gmbonye..Maniskan syumannye..=)..Same kiter berdoa agar sentiasa dlm rahmatnye dan org2 islam sentiasa dlm keadaan yg selamat dr ancaman yahudi khususnye negara kiter..

Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV dan kebetulan ketika itu, rancanganForum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr. Haron Din.

Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: "Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran."

Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu tekad untuk berjumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.

Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya. Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.

Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.

Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.

Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.

Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.

Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.

Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.

Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.

Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi 'masalahnya' semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.

Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?

Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.

Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; " Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.

"Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

"Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?"

Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.


Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.

Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.

Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: "Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir."


"Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam," jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.

Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.

"Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau," jelasnya.

Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.

"Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.

"Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu," tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.

"Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din," kata Fitri lagi.

Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.

Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. "Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.

"Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.

"Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini," ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.

Ustaz Harun Din adalah ulama yang amat disegani dan saya sungguh sedih melihat ulama seperti beliau seolah-olah tiada tempat dalam masyarakat kita. Sungguh sukar untuk kita lihat wajah beliau di kaca televisyen sedangkan ilmu yang beliau miliki amat penting untuk kita sama-sama kongsi, pelajari dan amalkan. Rancangan Forum Perdana kini gagal menarik minat penonton Islam termasuk bukan Islam kerana kita kehilanagan ulama-ulama seperti Ishak BaharomBadrul Amin, Harun Din, dan ramai lagi. Kenapa mereka ini di gam? Disekat terus menerus? Mengapa?

Semuanya dari ALLAH SWT..Same2 kite mengikuti perintahnye..Saye pon hambe yg lalai..Mgkin lg lalai dr kalian..Same2 kiter beringat,..Maaf sekiranya ade perkataan yg mnyntuh ati anda..

ASSALAMUALAIKUM..

Tahukah Anda 32 Perkara Rahsia Israel Disembunyikan.. Apa Dia?

on Sunday, May 22, 2011
Salam kawan-kawan..

Today sy nk kongsi bende skit..About yahudi..
Ramai diantare kite xtau ape yg yahudi sdg rncg untuk memusnahkan umat islam..
Di sini,ade sedikit maklumat tntg org yahudi..teliti la dgn penuh kusyuk..
Sgle kslpan dan salah sy hrap dimaafkan selama kite mngenali..







1. Selain bangsa yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?


2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara otomatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir k eluar Palestin?

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel mesti guna kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membedakan antara bansa yahudi dan bukan yahudi?

4. Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat internasional khususnya barat dan AS sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian dari Israel? Mereka akui itu.

5. Israel mengkhaskan 85% air bersih hanya untuk kaum yahudi dan membahagikan 15% bakinya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memiliki 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara hanya15% kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?

6. AS memperuntukkan 5 juta US$ dari hasil cukainya setiap tahun untuk menyumbang kapada Israel?

7. AS terus memberikan bantuan tentera kepada Israel sebanyak 1.8 juta US$ setiap tahun? Jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan AS kepada seluruh negara di benua benua Afrika?

8. Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 juta US$ dari AS terdiri dari pesawat tempur F 16, Apache dan Blackhawk? Kerana AS merupakan Negara utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua keutamaan yang diminta Israel untuk menjamin eksistensinya.

9. Pemerintah AS telah menekan Konggres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklier pada tahun 1981.

10. Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklier? Juga menolak Team Investigasi PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nukliernya?

11. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, Israel sudah memiliki kilang pengembangan senjata nuklier?

12. Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Israel telah meledakkan tempat kediaman Diplomat AS dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967? Walaupun serangan itu mengorbankan 33 tentera AS dan melukai 177 lainnya, tetapi AS sama sekali tidak melakukan tindakan bals apapun terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentara Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

14. Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh AS?

15. Pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservasi terhadap identiti yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?

16. Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tertuduh dalam kes pembantaian Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang mengorbankan lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?

17. Pada 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu bus di sebuah halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarak setengah meter? Bahkan pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Sampai tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh tampal keterangan peluang kerja dengan perkataan: "peluang kerja hanya untuk kaum yahudi sahaja", "dikehendaki seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi"?

19. Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media AS untuk mewujudkan imej positif Israel kepada masyarakat AS dan Eropah?

20. Sharon pernah mengajak Partai Radikal Molodeit untuk menjadi tunjang utama dalam kabinetnya? Padahal partai itu berideologi radikal dengan persepsi pokok untuk membersihkan Israel dari non ras yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh ras Arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pendiri Partai Syas (partai terbesar ketiga di Israel) mendukung aksi militer Israel untuk menghapuskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:

Iaitu, "Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabis dan menghancurkan tanahnya, serta Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Sebab itu dilarang semua ras yahudi untuk menyimpan rasa kasih sayang kepada warga Arab. Serta wajib bagi setiap yahudi untuk menembak peluru berpandu dan senjatanya ke arah dada atau kepala setiap warga Arab untuk menghapusnya, kerana mereka itu makhluq yang jahat dan terkutuk.."

23. Tahukah anda bahawa pengungsi atau pelarian Palestin adalah terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahwa penduduk Kristen Palestin bersatu dengan penduduk Palestin Muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan larangan penyiksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Intelejen Israel) tetap terus menyiksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya.

26. Tahukah bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merusak seluruh sarana dan prasara pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doctor (S3)? Hal ini apabila dilihat dari jumlah prosentase penduduknya.

27. Setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang Hak Asasi Manusia internasional yang diterbitkan pada10 Desember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? Kerana dihalangi dengan tandatangan kesepatakan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konsvensyen Genewa untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin.

30. Perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh militer Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang militer Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi militer Israel terus menyerang, menembaki rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembantaian tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelarian?

31. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau pimpin?

Followers

Some Memories

Dia Kekasih Allah