Palestine


Tentera bedil masjid

on Friday, February 25, 2011
Tentera Bedil Masjid
Satu unit tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi semalam membedil menara sebuah masjid dengan peluru antipesawat dan senjata automatik selepas penunjuk perasaan antikerajaan enggan meninggalkan kawasan di barat Tripoli itu.
Saksi berkata, ramai penunjuk perasaan yang berkampung di luar dan dalam masjid itu terbunuh dalam serangan di Zawiya, 50 kilometer ke barat Tripoli. Dia bagaimanapun tidak dapat memberi jumlah tepat.
   
  • FotoDOA...penunjuk perasaan antikerajaan berdoa dalam hujan.
  • FotoPROTES...sekumpulan lelaki di atas kereta perisai tentera.
  • FotoSELAMAT...seorang lelaki bersama dua anaknya berjalan di landasan kapal terbang.
Tentera pro-Gaddafi bertindak ganas ketika pengaruh pemimpin Libya itu semakin terhakis. Zawiya dan beberapa bandar besar Libya yang lain serta bandar berhampiran Tripoli sudah dikuasai pemberontak.

Di timur yang dikuasai sepenuhnya kumpulan penentang, pembangkang berikrar ‘membebaskan’ Tripoli, tempat pemimpin Libya itu berkubu dengan sekumpulan tenteranya meronda jalan raya dan kereta kebal melindungi kawasan pinggir.

Saksi berkenaan yang enggan namanya disiarkan kerana bimbang terhadap tindak balas berkata, serangan jam 9 pagi (waktu tempatan) dilakukan sehari selepas pembantu Gaddafi yang dikenali sebagai Abdullah Megrahi muncul di bandar berkenaan dan memberi amaran kepada penunjuk perasaan supaya ‘pulang atau mereka akan menyaksikan satu pembunuhan beramai-ramai.’

“Kami memberitahunya kami tidak akan pulang, sama ada kami mati atau kami mencapai kemenangan,” katanya.

Saksi itu terkejut dengan tindakan tentera yang menyerang orang awam.
Beberapa unit tentera dilapor berpaling tadah dengan menyokong penunjuk perasaan sejak pemberontakan bermula 15 Februari lalu.

Ada laporan menyatakan kira-kira 1,000 orang terbunuh sepanjang pemberontakan itu di seluruh negara sementara kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch menganggarkan lebih 300 terkorban.

“Apa yang berlaku amat teruk. Mereka yang menyerang kami bukan tentera upahan, tetapi anak negara ini sendiri. Mereka membedil menara masjid,” katanya.

Menurutnya, sebahagian besar penunjuk perasaan remaja yang bersenjatakan senapang memburu.

Dia juga memberitahu, penunjuk perasaan dari Zawiya tidak berhasrat untuk menyahut gesaan pembangkang supaya menyertai perarakan seluruh negara ke Tripoli hari ini.

“Kami tidak merancang untuk berarak ke Triopoli. Kami sudah berbincang dan bersetuju untuk kekal di sini,” katanya.

Penunjuk perasaan tidur di dalam masjid dan di kawasan lapang di luarnya sejak beberapa hari lalu dan enggan meninggalkan premis berkenaan.

“Kumpulan remaja itu tidak mempunyai apa-apa untuk melindungi diri mereka kecuali senapang memburu dan semangat, manakala tentera memiliki peluru berpandu antipesawat dan senjata automatik,” katanya.

Dia juga berkata, polis tidak kelihatan di bandar itu yang terletak berhampiran sebuah pelabuhan dan kilang penapisan minyak utama di Mediterranean.

“Penduduk terpaksa membentuk jawatankuasa bagi melindungi rumah masing-masing serta bangunan lain,” katanya.

Dia juga berkata, penyokong Gaddafi turut menyerang warga China dan Mesir yang bekerja dengan syarikat pembinaan di bandar raya itu. 

LARIAN MERENTAS DESA YANG PERTAMA KALI(LARIAN HUFFAZ 2011)

on Saturday, February 12, 2011
Assalamualaikum semua.
Hari ini (10.2.2011) merupakan hari yang paling bersejarah bagi Institut Al-Quran Terengganu kerana telah Berjaya melaksanakan satu program yang tidak pernah dilakukan di IQT pada sebelum ini.Program yang kali pertama kali dijalankan itu dinamai “larian huffaz” iaitu merentas desa secara beRAMAI-RAMAI yang jaraknya sejauh 3KM.Seperti sekolah biasa,semua pelajar diminta berlari akan tetapi,luar biasa dari yang biasa,di Institut Al-Quran Terengganu,semua pelajar dan juga termasuk semua pensyarah di IQT mesti terlibat dalam “larian huffaz” ini.Semua peserta Nampak begitu semangat kerana teruja dan juga terharu kerana pihak IQT mengadakan program yang dikira amat disukai oleh pelajar IQT.Larian ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kategori pertama adalah TAHUN 1 dan 2,kategori 2 adalah TAHUN 3,4 dan Diploma dan kategori ketiga adalah PENSYARAH.Sebelum berlari,Presiden bagi pelajar IQT(Mohd Sayuti bin Ghazali) memberikan taklimat dan kata semangat disertai dengan alunan lagu Maher Zain dan selepas itu,Abdullah bin Ismail mengetuai senaman sebelum larian bermula.


 Larian bermula pada pukul 8 pagi dan Ustaz Ibrahim selaku penSTART iaitu orang yang meniup wisel untuk memulakan larian.PREEEEEETTTTT!!Satu tanda iaitu bermulanya larian yang disertai seramai 150 orang pelajar banin dan pensyarah.Beberapa orang pelajar,Muhammad bin Mohd Azlan dan Ihsan Nur Rahman bin Hussin Zawawi,masih terpinga-pinga seolah-olah tidak yakin yang bunyi itu menandakan bermulanya  larian huffaz itu dan menyebabkan mereka bermula sebagai diantara orang yang paling last.

Ana ditugaskan sebagai penjaga barisan penamat bersama-sama sahabat ana yang lain iaitu Abdullah bin Ismail dan juga Mohd Syahmie bin Ahmad.Setelah beberapa minit larian bermula,orang pertama yang sampai dan pertama bagi kategori 2 adalah EXCO SUKAN DAN SAMBUTAN iaitu Mohd Khairul Anas bin Zakaria(12 minit) yang disambut oleh Pengarah IQT iaitu Dr Ahmad Bazli bin Shafie dan bagi kategori 1 adalah Miqdad dan bagi kategori pensyarah pula adalah Ustaz Hazwan bin Abdul Rahman.Program ini ana anggap begitu meriah kerana disertai oleh semua pelajar dan juga semua pensyarah.Dengan program ini,ia dapat  menambahkan lagi keeratan hubungan antara pelajar dan juga pensyarah lantas merapatkan lagi ukhuwah antara umat islam.Pelajar yang last sekali sampai adalah Izzudin dan Tolhah.Alasan mereka adalah untuk menjaga orang dan itu amat bagus sekali.Pembahagian hadiah pula dilakukan di dewan yang tersergam indah iaitu di Dewan Ibnu Mas’ud pada pukul 12tengah hari.Walaupun letih,masing-masing berpuas hati dengan nombor yang mereka dapat dan gembira kerana dapat menjayakan program “larian huffaz 2011” yang julung kalinya diadakan di bumi tercinta IQT ini.



                         (juara larian huffaz 2011)


                                                                             
Segala kesilapan bahasa,ayat,maklumat dan apa-apa harap kesalahan dimaafkan.Sekian,wassalam.

JIHAD MENURUT AL-QURAN

on Monday, February 7, 2011
JIHAD MENURUT AL-QURAN

 PENGERTIAN perjuangan dalam Islam ialah menyeru dan
mengusahakan kedamaian dan memberi jaminan keselamatan.  Kecuali AtTaubah semua surah bermula dengan  Basmallah yang menjulang dua asma
(nama atau sifat) Allah iaitu Ar-Rahman dan Ar-Rahim (bermakna Maha Pemurah
lagi Maha Mengasihani).
Al-Quran menampung mesej betapa Allah swt amat mengasihani seluruh
makhluknya. Tetapi Manusia adalah ciptaan khas Allah swt kerana ia saja yang
sanggup menerima wahyu-Nya (kitab sucinya) dan menjadi khalifah (pentadbir
dan pengamanah di muka bumi).
Antara maksud Islam ialah penyerahan  dengan seluruh jiwa raga kepada
Allah swt. Salah satu sifat Allah swt ialah As-Salam yang bermakna damai dan
selamat. Jadi sebagai hamba Allah,  orang Islam menampilkan suasana damai
dan selamat untuk seluruh kemanusiaan.
Allah memerintah Muslim mengerjakan  amar maaruf nahi munkar
(mengamalkan serta menyuruh kepada kebaikan dan menjauhi serta mencegah
kekejian). Untuk melaksanakan tugas  ini dengan bersungguh-sungguh, maka
Islam menampilkan konsep 'jihad'.
Jihad berasal dari kata kerja  'jahada' yang bererti gigih berusaha dengan
sepenuh jiwa raga sehingga mencapai matlamat jaya di jalan Allah (fi sabilillah).
Dalam Al-Quran, pengertian  jihad amat luas; dari usaha luaran sehingga
batin, dari usaha untuk keluarga, masyarakat dan negara serta antarabangsa
yang mengarah kepada damai dan selamat.  
Jadi, bagaimanakah  jihad boleh dimaksudkan dengan pengganasan? Di
dalam al-Quran tidak pernah disebut mengenai agresi atau pencerobohan atau
pengganasan sebagai strategi umat Islam.
Istilah  Jumlah kata Maksud
Jihad  30 Usaha gigih yang meluas
Jihad + qital fi sabilillah  50 Perang bela diri demi Allah
Harb 4 Perang kaum demi imej
peribadi dan maruah kaum [Kekata  jihad diulang 30 kali  dalam Al-Quran. Ia  berasal dari kata dasar
juhd atau jahd.  Juhd bererti mengeluarkan tenaga, usaha atau kekuatan dan jahd
(jahada) bermakna kesungguhan dalam bekerja.  Tetapi, kata al-jihad (jihad) dari
Al-Quran itu berkembang sesuai dengan tahap perkembangan masyarakat Islam
menurut masa dan ruang.


Menurut Imam Ragib Al-Isfahani, (ahli bahasa Al-Quran) kata jihad dalam
Al-Quran mempunyai 3 erti iaitu, (1) berjuang melawan musuh nyata, (2)
berjuang melawan setan dan (3) berjuang melawan nafsu.  Pengertian jihad yang
dikemukakan Imam Ragib Al-Isfahani itu dapat dikatakan sama dengan yang
dikemukakan oleh Ibnu Qayyim al-Jauziah (ulama besar Hambali).
Dalam bukunya,  Zad al-Ma’ad,  Ibnu Qayim al-Jauziah menyebutkan,
bahawa  jihad terdiri dari empat martabat, iaitu (1)  jihad terhadap nafsu; (2)  jihad
terhadap syaitan; (3)  jihad terhadap orang kafir; dan (4)  jihad terhadap orang
munafik.
Berdasarkan pendapat Imam Ragib al-Isfahani dan Ibnu Qayyim al-Jauziah
ini  sesuai dengan pengertian bahasa sendiri,  jihad diertikan sebagai
“menggunakan atau mengeluarkan tenaga, daya usaha atau kekuatan untuk
melawan suatu objek yang tercela yang boleh mengancam ketenteraman hidup
damai kaum Muslimin dalam rangka menegakkan agama Allah SWT.''
 
“Perang” hanyalah salah satu dari beberapa pengertian  jihad. Kekata yang
ada kaitan dengannya ialah qital yang disambungkan dengan frasa atau kalimat
fi sabilillah iaitu di jalan Allah.  Hal ini menunjukkan bahawa tujuan perang di
dalam Islam semata-mata untuk meninggikan kalimat Allah SWT, tidak boleh
untuk tujuan lainnya.  Kedua-dua kata di atas (al-jihad dan al-qital) yang diiringi
oleh anak kalimat fi sabillillah tercantum dalam Al-Quran sebanyak 50 kali.
Adapun kata  al-harb (perang) disebut 4 kali dalam Al-Quran. Ia merujuk
perang atas latar belakang peribadi atau kaum dengan bertujuan mencari
keuntungan, bukan atas dasar meninggikan agama Allah SWT.]
1
 
 Telah tercatit di dalam Al-Quran:
ﻭَﺟَﺎﻫِﺪُﻭﺍ في ﺍ ﷲِ ﺣَ ﻖﱠ ﺟ ﻬَ ﺎ ﺩِ ﻩِ
“Berjihad di (jalan) Allah dengan jihad sebenar-benarnya....”

Sayang Menyayangi

on Saturday, February 5, 2011
Hadith :
Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”


Huraian
Adakah kita saling sayang menyayangi sesama kita? Adakah kita sentiasa mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada seluruh orang mukmin. Adakah kita sayangkan saudara kita sepertimana kita sayangi diri kita sendiri? Adakah kita tidak mahu melihat saudara kita menderita sepertimana kita sendiri tidak mahu hidup menderita? Tepuk dada tanya iman kerana kesempurnaan iman itu dikaitkan dengan sifat saling sayang menyayangi. Rasa bersama dan menyatakannya melalui ungkapan dan reaksi gerak badan memang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Contohnya memberikan hadiah walaupun kecil dan sentiasa berterima kasih, ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka. Kita tidak perlu meraikan Valentine Day semata-mata untuk menyatakan rasa kasih kita pada seseorang kerana Islam menggalakkan umatnya agar kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala. Bahkan jika kita tidak bertegur sapa sesama saudara Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya telah menjadi haram. Justeru budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik. Berkasih sayang dalam Islam tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia.

Bantahan

 Tujuh lelaki ditahan kerana menimbulkan kekacauan ketika satu perhimpunan haram membantah campur tangan Amerika Syarikat dalam urusan kerajaan Mesir di pekarangan Kedutaan Amerika, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
"Mereka ditahan kerana bertindak agresif dengan membaling botol dan pelbagai lagi benda keras serta tidak mahu bersurai apabila diminta,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Tujuh lelaki tersebut adalah antara hampir 2,000 orang yang menyertai perhimpunan haram tersebut bagi menyerahkan memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat.
Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 2.30 petang itu bagaimanapun berjaya disuraikan pihak polis 20 minit kemudian


Berjuta sertai demonstrasi anti-Mubarak

Berjuta rakyat Mesir membanjiri Dataran di sini, untuk  menyertai demonstrasi anti-Mubarak.
Mereka berharap sekurang-kurangnya sejuta lagi penunjuk perasaan akan menyertai demonstrasi itu.
Dalam pada itu Presiden, Hosni Mubarak menyatakan beliau bersedia meletakkan jawatan, tetapi memberi amaran kekacauan tidak akan selesai begitu sahaja.



Dapat kita ambil iktibar bahawa kerajaan tidak akan membangun tanpa menghormati suara rakyat.
Gegitulah yang terjadi di mesir.Akibat terlalu inginkan pangkat,manusia sanggup membunuh dan mengkhianati
negara sendiri dan yang paling utama,mesir adalah sebuah negara islam yang terkenal dengan ilmunya.


Followers

Some Memories

Dia Kekasih Allah