Palestine


JIHAD MENURUT AL-QURAN

on Monday, February 7, 2011
JIHAD MENURUT AL-QURAN

 PENGERTIAN perjuangan dalam Islam ialah menyeru dan
mengusahakan kedamaian dan memberi jaminan keselamatan.  Kecuali AtTaubah semua surah bermula dengan  Basmallah yang menjulang dua asma
(nama atau sifat) Allah iaitu Ar-Rahman dan Ar-Rahim (bermakna Maha Pemurah
lagi Maha Mengasihani).
Al-Quran menampung mesej betapa Allah swt amat mengasihani seluruh
makhluknya. Tetapi Manusia adalah ciptaan khas Allah swt kerana ia saja yang
sanggup menerima wahyu-Nya (kitab sucinya) dan menjadi khalifah (pentadbir
dan pengamanah di muka bumi).
Antara maksud Islam ialah penyerahan  dengan seluruh jiwa raga kepada
Allah swt. Salah satu sifat Allah swt ialah As-Salam yang bermakna damai dan
selamat. Jadi sebagai hamba Allah,  orang Islam menampilkan suasana damai
dan selamat untuk seluruh kemanusiaan.
Allah memerintah Muslim mengerjakan  amar maaruf nahi munkar
(mengamalkan serta menyuruh kepada kebaikan dan menjauhi serta mencegah
kekejian). Untuk melaksanakan tugas  ini dengan bersungguh-sungguh, maka
Islam menampilkan konsep 'jihad'.
Jihad berasal dari kata kerja  'jahada' yang bererti gigih berusaha dengan
sepenuh jiwa raga sehingga mencapai matlamat jaya di jalan Allah (fi sabilillah).
Dalam Al-Quran, pengertian  jihad amat luas; dari usaha luaran sehingga
batin, dari usaha untuk keluarga, masyarakat dan negara serta antarabangsa
yang mengarah kepada damai dan selamat.  
Jadi, bagaimanakah  jihad boleh dimaksudkan dengan pengganasan? Di
dalam al-Quran tidak pernah disebut mengenai agresi atau pencerobohan atau
pengganasan sebagai strategi umat Islam.
Istilah  Jumlah kata Maksud
Jihad  30 Usaha gigih yang meluas
Jihad + qital fi sabilillah  50 Perang bela diri demi Allah
Harb 4 Perang kaum demi imej
peribadi dan maruah kaum [Kekata  jihad diulang 30 kali  dalam Al-Quran. Ia  berasal dari kata dasar
juhd atau jahd.  Juhd bererti mengeluarkan tenaga, usaha atau kekuatan dan jahd
(jahada) bermakna kesungguhan dalam bekerja.  Tetapi, kata al-jihad (jihad) dari
Al-Quran itu berkembang sesuai dengan tahap perkembangan masyarakat Islam
menurut masa dan ruang.


Menurut Imam Ragib Al-Isfahani, (ahli bahasa Al-Quran) kata jihad dalam
Al-Quran mempunyai 3 erti iaitu, (1) berjuang melawan musuh nyata, (2)
berjuang melawan setan dan (3) berjuang melawan nafsu.  Pengertian jihad yang
dikemukakan Imam Ragib Al-Isfahani itu dapat dikatakan sama dengan yang
dikemukakan oleh Ibnu Qayyim al-Jauziah (ulama besar Hambali).
Dalam bukunya,  Zad al-Ma’ad,  Ibnu Qayim al-Jauziah menyebutkan,
bahawa  jihad terdiri dari empat martabat, iaitu (1)  jihad terhadap nafsu; (2)  jihad
terhadap syaitan; (3)  jihad terhadap orang kafir; dan (4)  jihad terhadap orang
munafik.
Berdasarkan pendapat Imam Ragib al-Isfahani dan Ibnu Qayyim al-Jauziah
ini  sesuai dengan pengertian bahasa sendiri,  jihad diertikan sebagai
“menggunakan atau mengeluarkan tenaga, daya usaha atau kekuatan untuk
melawan suatu objek yang tercela yang boleh mengancam ketenteraman hidup
damai kaum Muslimin dalam rangka menegakkan agama Allah SWT.''
 
“Perang” hanyalah salah satu dari beberapa pengertian  jihad. Kekata yang
ada kaitan dengannya ialah qital yang disambungkan dengan frasa atau kalimat
fi sabilillah iaitu di jalan Allah.  Hal ini menunjukkan bahawa tujuan perang di
dalam Islam semata-mata untuk meninggikan kalimat Allah SWT, tidak boleh
untuk tujuan lainnya.  Kedua-dua kata di atas (al-jihad dan al-qital) yang diiringi
oleh anak kalimat fi sabillillah tercantum dalam Al-Quran sebanyak 50 kali.
Adapun kata  al-harb (perang) disebut 4 kali dalam Al-Quran. Ia merujuk
perang atas latar belakang peribadi atau kaum dengan bertujuan mencari
keuntungan, bukan atas dasar meninggikan agama Allah SWT.]
1
 
 Telah tercatit di dalam Al-Quran:
ﻭَﺟَﺎﻫِﺪُﻭﺍ في ﺍ ﷲِ ﺣَ ﻖﱠ ﺟ ﻬَ ﺎ ﺩِ ﻩِ
“Berjihad di (jalan) Allah dengan jihad sebenar-benarnya....”

0 comments:

Post a Comment

Followers

Some Memories

Dia Kekasih Allah