Palestine


Biografi Nabi Muhammad SAW

on Monday, January 30, 2012
Nabi Muhammad saw berasal dari kabilah Quraisy, tepatnya keturunan Hasyim. Ayah beliau adalah Abdullah bin Abdul Muthalib, cucu Hasyim. Ibunda beliau adalah Aminah binti Wahbyang berasal dari keturunan Bani Zuhrah, salah satu kabilahQuraisy

Setelah menikah, Abdullah melakukan pepergian ke Syam. Ketika pulang dari pepergian itu, ia wafat di Madinah dan dikuburkan di kota itu juga. 

Setelah beberapa bulan dari wafatnya sang ayah berlalu, Nabi pamungkas para nabi lahir di bulan Rabi’ul Awal, tahun 571 Masehi di Makkah, dan dengan kelahirannya itu, dunia menjadi terang-benderang. Sesuai dengan kebiasaan para bangsawan Makkah, ibundanya menyerahkan Muhammad kecil kepada Halimah Sa’diyah dari kabilah Bani Sa’d untuk disusui. Beliau tinggal di rumah Halimah selama empat tahun. Setelah itu, sang ibu mengambilnya kembali. 

Dengan tujuan untuk berkunjung ke kerabat ayahnya di Madinah, sang ibunda membawanya pergi ke Madinah. Dalam perjalanan pulang ke Makkah, ibundanya wafat dan dikebumikan di Abwa`, sebuah daerah yang terletak antara Makkah dan Madinah. Setelah ibunda beliau wafat, secara bergantian, kakek dan paman beliau, Abdul Muthalib dan Abu Thalib memelihara beliau. Pada usia dua puluh lima tahun, beliau menikah dengan Khadijah yang waktu itu sudah berusia empat puluh tahun. Beliau menjalani hidup bersamanya selama dua puluh lima tahun hingga ia wafat pada usia enam puluh lima tahun. 

Pada usia empat puluh tahun, beliau diutus menjadi nabi oleh Allah. Ia mewahyukan kepada beliau al-Quran yang seluruh manusia dan jin tidak mampu untuk menandinginya. Ia menamakan beliau sebagai pamungkas para nabi dan memujinya karena kemuliaan akhlaknya. 

Beliau hidup di dunia ini selama enam puluh tiga tahun. Menurut pendapat masyhur, beliau wafat pada hari Senin bulan Shafar 11 Hijriah di Madinah. 
Bukti Kenabian Rasulullah saw 

Secara global, kenabian seorang nabi dapat diketahui melalui tiga jalan: 

1. Pengakuan sebagai nabi. 
2. Kelayakan menjadi nabi. 
3. Mukjizat. 

Pengakuan Sebagai Nabi 

Telah diketahui oleh setiap orang bahwa Rasulullah saw telah mengaku sebagai nabi di Makkah pada tahun 611 M., masa di mana syirik, penyembahan berhala dan api telah menguasai seluruh dunia. Hingga akhir usia, beliau selalu mengajak umat manusia untuk memeluk agama Islam, dan sangat banyak sekali di antara mereka yang mengikuti ajakan beliau itu. 

Kelayakan Menjadi Nabi 

Maksud asumsi di atas adalah seorang yang mengaku menjadi nabi harus memiliki akhlak dan seluruh etika yang terpuji, dari sisi kesempurnaan jiwa harus orang yang paling utama, tinggi dan sempurna, dan terbebaskan dari segala karakterisitik yang tidak terpuji. Semua itu telah dimiliki oleh Rasulullah saw. Musuh dan teman memuji beliau karena akhlaknya, memberitakan sifat-sifat sempurna dan kelakuan terpujinya dan membebaskannya dari setiap karakterisitik yang buruk. 

Kesimpulannya, akhlak beliau yang mulia, tata krama beliau yang terpuji, perubahan dan revolusi yang beliau cetuskan di seanterao dunia, khususnya di Hijaz dan jazirah Arab, dan sabda-sabda beliau yang mulia berkenaan dengan tauhid, sifat-sifat Allah, hukum halal dan haram, serta nasihat-nasihat beliau telah membuktikan kelayakan beliau untuk menduduki kursi kenabian, dan setiap orang yang insaf tidak akan meragukan semua itu. 
Mukjizat 

Mukjizat dapat disimpulkan dalam lima hal: 

1. Mukjizat akhlak. 
2. Mukjizat ilmiah. 
3. Mukjizat amaliah. 
4. Mukjizat maknawiyah. 
5. Mukjizat keturunan. 

3,996 lulus 10 subjek STAM

on Friday, January 27, 2012



MUHAMMAD Tolhah (kiri) meraih keputusan 10A+ (MUMTAZ SOFI) dalam keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 bersama rakannya, Muhammad Sayuti (kanan)yang juga MUMTAZ berkongsi kejayaan ketika ditemui di Institut Quran Terengganu(IQT), semalam. Untuk berita lanjut, dapatkan akhbar BERITA HARIAN hari ini. - Foto Haiqhal Hadi
Kelulusan 60.7 peratus melayakkan calon lanjut pelajaran di universiti


PUTRAJAYA: Seramai 3,996 atau 60.7 peratus calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 memperoleh sijil dengan sekurang-kurangnya pangkat Maqbul (Lulus) dalam semua 10 mata pelajaran yang diambil pada peperiksaan itu, tahun lalu.


Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr Na'imah Ishak, berkata daripada jumlah itu, 326 calon mendapat pangkat Mumtaz (Cemerlang), 529 pula Jayyid Jiddan (Sangat Baik), 1,602 Jayyid (Baik) dan selebihnya, Maqbul.
Lembaga akan cari mekanisme terbaik untuk menambah baik penguasaan bahasa Arab calon. - Dr Na'imah Ishak, Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Malaysia
“Seramai 6,584 calon menduduki peperiksaan itu pada tahun lalu di 108 pusat peperiksaan berbanding 6,537 orang pada tahun sebelumnya, ” katanya ketika mengumumkan keputusan STAM 2011, di Kementerian Pelajaran, di sini, semalam.
Na'imah berkata, Gred Purata Nasional (GPN) bagi STAM 2011 turut menunjukkan peningkatan 0.04 peratus berbanding 3.23 pada 2010.


Peperiksaan STAM yang mula dilaksanakan sejak 2000 melayakkan pelajar yang memperoleh sijil itu untuk memohon mengikuti program ijazah pertama di Universiti Al-Azhar, Mesir dan universiti tempatan dalam bidang yang sesuai dengan kelayakan masing-masing.


Mengenai prestasi mata pelajaran, Na'imah berkata, enam mata pelajaran iaitu Fiqh, Balaghah, Hadith dan Mustolah, Insya' dan Mutala'ah, Tafsir dan Ulumuhu serta 'Arudh dan Qafiyah mencatatkan peningkatan calon lulus (Mumtaz hingga Maqbul) lebih tinggi berbanding 2010.
Selain itu, katanya, empat mata pelajaran lagi mencatatkan penurunan peratusan kelulusan calon iaitu Hifz al-Quran dan Tajwid, Nahu dan Sarf, Adab dan Nusus serta Tauhid dan Mantiq.


Sehubungan itu, katanya, satu kajian terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti aspek yang boleh diperbaiki untuk meningkatkan peratusan calon lulus pada semua mata pelajaran untuk peperiksaan akan datang.


“Antara yang boleh dikaji mungkin aspek pengajaran dan pembelajaran, lokasi atau faktor calon sendiri yang menjadi punca penurunan empat subjek itu dan peningkatan jumlah calon yang mencatat semua Rasib (gagal). 


“Lembaga akan cari mekanisme terbaik untuk menangani perkara ini, termasuk menambah baik penguasaan bahasa Arab dalam kalangan calon.


“Calon yang kurang berjaya boleh menduduki semula atau memperbaiki pencapaian mata pelajaran yang kurang memuaskan dalam tempoh tiga tahun sebelum melanjutkan pengajian mereka ke universiti,” katanya. 


* susoh benor nak cari maklumat bab STAM..mujur ade gok sket..




Sila KLIK LINK bawah bagi yang ingin memohon UPU..


Permohonan Dalam Negara(UPU)

Ultrabunyi Membuktikan Kebenaran Al-Quran

on Saturday, January 21, 2012
Di mana bayi itu belajar Sujud? di sekolah? di universiti? Adakan dari dirinya sendiri? sedangkan berakal pun belum. siapa yang mensujudkan bayi itu? Subhanallah..Manusia yang punya akal taknak sujud, baby yg belum tahu apa-apa pula yg sujud.Itulah fitrah manusia, manusia dilahirkn dalam islam. dalam keadaan sujud kepada Allah. Manusia dilahirkan dalam keadaan suci tanpa sebarang dosa dan keadaan dan ibu bapa yang akan merubah agama anaknya.

Tanpa kita sedari, bayi di dalam kandungan akan sujud seperti umat Islam bersembahyang di dalam rahim ibunya apabila didengari bacaan Al_Quran. Inilah Kebesaran Allah S.W.T yang menjadikan manusia untuk sujud dan patuh kepada Nya.

Di dalam video di bawah menunjukkan bayi berada dalam keadaan bergerak-gerak sebelum dibacakan Al-Quran. dan keadaan berubah sejurus Al-Quran didengarkan.


Pergerakan Gunung-Ganang ; Dah Lama Orang Islam Mengetahuinya

on Sunday, January 15, 2012
Al-Qur'an telah menjelaskan fungsi geologi gunung-gunung yang sangat penting.

Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak ) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk. 
(Surah al-Anbiya; 31)

Seperti yang telah kita lihat, dalam ayat di atas bahawa gunung-gunung mempunyai fungsi untuk mengelakkan gegaran pada bumi.

Fakta ini tidak diketahui oleh sesiapapun ketika Al-Qur'an diturunkan. Ianya menjadi satu fakta yang hanya diketahui hari ini selepas penemuan dalam bidang geologi moden.

Berdasarkan kepada penemuan ini, gunung ganang telah timbul sebagai hasil pergerakan dan perlanggaran lapisan besar yang membentuk kerak bumi, apabila dua lapisan bertembung, rempuhan lapisan yang kuat akan tergelongsor di bawah lapisan yang satu lagi yang terangkat ke atas, yang mana seterusnya melengkung dan membentuk kawasan tinggi dan gunung-ganang. Lapisan bawah itu akan terus ke dasar bumi dan membentuk ketegangan di bahagian bawah. Ini bermakna pergunungan mempunyai bahagian yang memanjang ke bawah, sama besar dengan bahagian atasnya yang menonjol keluar ke atas permukaan bumi.

Dalam sebuah teks saintifik, struktur gunung-ganang diterangkan seperti berikut.

Di kawasan benua lebih tebal, di perbanjaran gunung, kerak lebih jauh ke dasar mantel.

Di dalam Al-Qur'an peranan gunung ganang itu dibandingan dengan 'pasak'.

Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini sebagai hamparan. Dan gunung-gunung sebagai pasak?. 
(Surah an-Naba; 6-7)

Gunung ganang dalam erti kata lain, mengenggam lapisan pada kerak bumi bersama-sama melalui satu 'pancang' yang memanjang dari atas ke bawah permukaan bumi sekaligus menghubungkan semua lapisan-lapisan di dalam bumi ini. Melalui cara ini, ianya menetapkan kedudukan kerak bumi dan menghalangnya daripada terapung di atas batuan magma atau terapung bersama-sama dengan lapisan lain. Secara ringkas, analogi ini mirip seperti keadaan apabila kita memakukan cantuman kepingan kayu bersama-sama.

Fungsi pengukuhan gunung-ganang ini dijelaskan dalam kesusateraan saintifik dengan istilah "isostasy".

Definisi isostasy; Keseimbangan umum kerak bumi yang dikekalkan oleh satu kandungan material batu-batan di bawah permukaan di bawah tekanan graviti.

"Isostasy" yang menjadi pasak bumi

Peranan penting gunung-ganang ini adalah penemuan hasil kajian dalam bidang geologi moden dan kajian gempa bumi, sebenarnya telah dijelaskan dalam Al-Qur'an berabad lalu sebagai lambang kebijaksanaan Tuhan. Dalam ayat lain Al-Qur'an menyebut;

dan Dia menciptakan gunung-gunung di muka bumi supaya tidak bergoyang bersama kamu.
(Surah Luqman;10)

Pergerakan Gunung Ganang

Pergerakan Plat bumi dan gunung ganang yang menyebabkan bentuk geografi dunia berubah

Dalam sebaris ayat, kita telah dimaklumkan bahawa gunung-ganang bukanlah kaku seperti yang kita lihat, tetapi adalah dalam pergerakan secara berterusan.

Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya, padahal ia bergerak seperti geraknya awan.
(Surah an-Naml,88)

Pergerakan gunung-ganang ini adalah disebabkan oleh gerakan dalam kerak bumi di mana ia terletak. Kerak bumi 'terapung' di atas lapisan mantel, yang lebih padat. Pada awal kurun ke 20, pertama kali dalam sejarah apabila seorang saintis jerman bermana Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua-benua bumi sebenarnya bergabung bersama ketika ia terbentuk pertama kali, tetapi kemudian hanyut dalam arah yang berbeza-beza, dan akhirnya terpisah ketika bergerak menjauhi antara satu sama lain.

Alfred Wegener

Pakar geologi baru hari ini menyedari bahawa Wegener sebenarnya adalah benar ketika mengemukakan fakta ini pada tahun 1980 an, 50 tahun selepas kematiannya. Seperti yang dinyatakan oleh Wegener dalam artikel yang diterbitkan pada tahun 1915, daratan bumi terbentuk dalam satu gugusan daratan 500 juta tahun lalu, dan daratan besar ini yang dipanggil Pangaea, terletak di kutub selatan.

Melalui anggaran, 80 juta tahun lalu, Pangaea terbahagi kepada dua bahagian yang hanyut dalam arah yang berbeza. Satu dari benua gergasi ini ialah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. Bahagian yang satu lagi dipanggil Laurasia yang meliputi Eropah, Amerika utara dan Asia kecuali India. Lebih dari 150 juta tahun selepas pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia berpecah kepada bahagian yang lebih kecil.

Semua benua ini yang timbul selepas penghayutan dataran Pangaea, bergerak secara konstan di permukaan bumi pada kadar beberapa sentimeter setahun, pada masa yang sama menyebabkan perubahan keseimbangan laut dan darat di bumi.

Ditemui sebagai satu hasil kajian geologikal yang dijalankan pada awal abad ke 20, pergerakan kerak bumi ini dijelaskan oleh saintis sebagai berikut;

Kerak dan bahagian atas mantel, dengan ketebalan hampir 100 kilometer, terbahagi kepada beberapa segmen dipanggil daratan. Terdapat enam daratan besar dan beberapa daratan kecil. Berdasarkan kepada teori dipangil 'tektonik daratan', daratan ini bergerak berpusing permukaan bumi, dengan membawa benua-benua dan lantai lautan bersamanya….pergerakan benua telah disukat pada kadar 1-5 sentimeter per tahun. Pergerakan daratan yang berterusan ini akan mengubah sedikit demi sedikit kedudukan geografi dunia. Setiap tahun, sebagai contoh, lautan Atlantik menjadi sedikit lebih luas.

Di sana harus dinyatakan beberapa fakta penting; Tuhan merujuk pergerakan gunung-ganang sebagai satu gerakan 'penghanyutan' dalam ayat tersebut. Hari ini, saintis moden juga menggunakan istilah "hanyutan benua' untuk fenomena ini.

Suatu yang tidak diragui ialah satu dari keajaiban Al-Qur'an ialah fakta saintifik ini yang baru diketahui baru-baru ini melalui bidang sains, telah pun dikhabarkan dalam Al-Qur'an.

..Indahnya Islam Sebenarnya..

on Wednesday, January 11, 2012
Amanda Gormley

Di suatu pagi sebelum matahari menampakkan cahaya yang warnanya keperak-perakkan itu, Amanda Gormley berdiri di ruang tamu rumahnya. Pagi itu, untuk pertama kalinya, perempuan muda ini melaksanakan solat seperti yang dilakukan oleh seluruh kaum Muslimin.

"Saya mengucap dua kalimah syahadat setelah melalui satu perjalanan spiritual yang panjang. Jalan yang membawa saya kepada Islam. Untuk saya menerima agama ini dan menghormati ajarannya," kata Amanda.

Beliau berkongsi kisah, sejujurnya pertama kali mencuba sendiri solat itu, Amanda canggung kerana tidak tahu bagaimana hendak solat dengan betul terutama dalam aspek bacaan.

Lalu cara penyelesaiannya Amanda menggunakan bantuan kad flash mengenai cara-cara bersolat dan bacaannya.

"Saya berdiri ke arah yang saya yakin adalah arah kiblat ke kota Mekah. Lalu saya meletakkan tangan kanan di dada. Sedangkan tangan kiri memegang kad yang mengandungi petunjuk solat dan surah al-Fatihah itu," ujarnya menceritakan pengalaman pertamanya bersolat.

Suku-suku kata (bahasa Arab) dirasakan begitu asing dan aneh menyekat saluran tenggorok Amanda. namun seperti tangisan yang tertahan, beliau tetap berjuang untuk mengucapkan bunyi dari suku-suku kata yang asing itu.

"Tetapi, sejurus mengucapkan bacaan dalam solat itu, saya dapat merasakan seluruh roh saya memasuki sebuah dunia yang ada di luar indera saya, menembusi dimensi ruang dan waktu, dimana tubuh membebaskan jiwa.

"Saya merasakan ketenangan, sebuah pengampunan dan kasih sayang yang begitu menyelubungi diri," katanya.

Dengan cahaya pagi pertama yang masih lembut sinarannya, Amanda rukuk lalu bersujud di lantai sambil menangis dan mengucap Subhana rabbial a'la (Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi).

"Saya dapat merasakan juga benda dari sekecil-kecil dan sehalus atom juga turut ikut memuji Allah.

"Kerusi, permaidani tempat saya solat malah bayang-bayang saya sendiri pun seperti berzikir, 'segala puji bagi Allah'. Matahari dan cahayanya ikut berdoa bersama saya" ungkap Amanda.

Saat itu membuatkannya merasa seperti orang yang sangat tidak sempurna, kerdil dan punya banyak kelemahan. Namun pada saat yang sama juga, Amanda merasa dirinya diterima, diampuni, dicintai dan dikasihi.

Perasaan yang membuatnya percaya bahawa Allah Maha Pencipta tahu apa yang ada dalam dirinya dan melindunginya.

"Pada saat itulah saya menyatakan komitmen hidup saya kini adalah untuk Dia Sang Pencipta," jelasnya.

Solat menjadi permulaan perubahan besar dalam diri perempuan muda yang menetap di Syracuse, New York ini.

Syracuse, New York, tempat tinggalnya Amanda

Setelah mencuba solat, Amanda cuba berpuasa di bulan Ramadan dan membaca satu atau dua halaman kitab suci al-Quran setiap kali waktu yang terluang.

Lalu semua ini membuatkan Amanda merasakan ada perubahan dalam caranya memandang kehidupan dunia.

Kicauan burung turut membuat beliau bersyukur kepada Allah akan kurnia deria pendengaran ini. "Melihat kuda menggoyang-goyangkan kepalanya turut membuat hati saya bersenandung memuji Dia yang menciptakan makhluk yang sungguh indah itu," tambahnya.

Hari demi hari, hati Amanda makin tertaut kepada Islam, komitmennya dalam memeluk Islam itu semakin dalam.

"Seperti pancaran rasa ingin tahu di mata anak-anak saat menemukan sesuatu yang baru, mengingatkan saya akan kurnia ilmu pengetahuan dan membuat saya sangat ingin memahami ajaran Islam," tutur anak gadis ini.

Beliau solat lima waktu setiap hari, menghafal surah-surah al-Quran dan sering berkunjung ke masjid berhampiran.

Amanda (kiri) solat lima waktu setiap hari

Meskipun demikian, Amanda sempat dilanda kegelisahan. Beliau bingung untuk mendefinisikan dirinya dalam kategori muslim yang mana sama ada konservatif, sufi, atau muslim moden abad ini?

Kegelisahan itu membuatkan Amanda berhati-hati untuk berjalan di antara laluan sikap yang skeptis dan spiritualnya.

"Saya berusaha untuk berfikir secara objektif terhadap apa pun yang saya pelajari. Saya berusaha menghindari kelakuan yang hanya didorong oleh keinginan untuk merasa sesuai dan padan dengan kehendak diri saya sahaja.

"Tetapi berusaha untuk mengikuti jalan yang memang benar untuk saya lalui," ujarnya lagi.

Sehinggalah pada suatu hari, setelah balik daripada kerja, Amanda menuju ke masjid untuk berehat sambil ingin merasakan ketenangan. Setibanya di masjid itu, beliau yang hanya berseluar jean, berkemeja lengan panjang, tanpa menutup kepalanya, Amanda berniat untuk melaksanakan solat.

Tiba-tiba ada seorang lelaki yang kelihatannya tidak senang dengan kehadiran Amanda itu lalu menegurnya dengan suara yang agak keras.

"Apa perlunya kamu ke masjid ini," tanya lelaki itu.

"Saya di sini untuk solat," jawab Amanda tegas.

Lelaki itu berkata lagi, "Bagaimana kamu hendak bersolat dalam keadaan yang seperti ini? Mana tudung kamu?"

Pertanyaan itu membuatkan Amanda terkesima.

"Haruskah melayani orang ini. Tidak bolehkah dia mengeluarkan kata-kata yang memberikan saya semangat dan motivasi," fikirnya.

Ekspresi Ketakwaan

Lalu Amanda menuju ke tempat solat wanita, mengambil sepasang telekung, lalu beliau pun bersolat.

Amanda kemudiannya berdoa kepada Allah agar menolongnya, agar ia diberi kesabaran dan petunjuk. Beliau berdoa minta ditunjukkan cara jika beliau akan berhadapan dan bertemu lelaki itu lagi.

Beliau kemudiannya memutuskan untuk lebih melibatkan dirinya dengan komuniti Muslim.

Amanda ingin tahu bagaimana orang lain melihat siapa dirinya, berharap akan bertemu beberapa orang yang akan menerimanya sebagai seorang yang merdeka, menerimanya sebagai seorang perempuan Barat sekali gus seorang muslimah.

"Saya ingin menunjukkan pada semua orang bahwa saya tidak memerlukan seorang lelaki yang menyuruh saya memakai tudung hanya kerana itu yang biasa dilakukan dalam budaya bangsanya," kata Amanda.

Lalu Amanda menghubungi pihak masjid dan menyatakan ingin menjadi sukarelawan.

Pihak masjid tidak menolak permintaannya itu yang menyaksikan secara rutin beliau datang hampir setiap hari terutama pada hari Jumaat dan beliau ramah memperkenalkan dirinya pada setiap orang yang hadir ke masjid itu.

Tanpa diduga Amanda bertemu dengan ramai muslimah yang juga seperti dirinya; berdikari, penuh semangat dan kadang kala begitu humor. Di antara mereka merupakan ahli akademik, pelajar, pemimpin dan aktivis masyarakat.

Namun seperkara yang menarik perhatian Amanda, kesemua kenalan wanitanya itu memakai tudung dalam pelbagai gaya dan fesyen yang menutup aurat.

Akhirnya, Amanda menyedari bahawa tudung atau purdah bukan sebuah tradisi atau budaya sesuatu bangsa, tapi ekspresi ketakwaan seorang muslimah.

"Saya sudah faham bahawa bertudung itu adalah tuntutan dalam Islam. Dan saya memutuskan untuk memakainya sebagai identiti diri saya. Saya inginkan sesuatu seperti tudung itu sebagai yang mengingatkan saya akan siapa diri saya kini," ungkapnya penuh makna.

Followers

Some Memories

Dia Kekasih Allah