Palestine


ORIENTASI PELAJAR IQT TAHUN 1 (2011)

on Saturday, March 5, 2011
Assalamualaikum semua…

Pertama skali,ana ingin memohon bebanyak maaf sebab lambat keluarkan artikel ORIENTASI PELAJAR IQT TAHUN 1.Ada banyak sebab laa…antaranya,banyak sangat..So,xkabo xpe..Dapat ana siapkan artikel ini dengan pertolongan dan izin Allah dan sahabat2 tahun 4 yang bersama dan menyokong ana dari belakang,depan,bawah,atas,kiri dan kanan.Sangat terharu bila terkenangkan smula..

Hari ini, ana ada sesuatu yang nak dikongsi dengan antum semua. Hari yang penuh bersejarah iaitu pada hari isnin 7.2.2011, seramai 66 orang pelajar telah mendaftarkan diri mereka sebagai pelajar tahun 1 di IQT yang terdiri daripada 30 pelajar banin dan 36 pelajar banat. Mereka semua datang dari pelbagai jenis sekolah dan pelusuk bumi dan setiap mereka memiliki rupa paras yang berbeza. Ada yang hensem macam Cristiano Ronaldo, ada yang putih bersinar laksana bulan purnama, yang hitam macam arang pun ada(gura je laa). Macam-macam ada. Jadi, sangat sesuailah dengan firman ALLAH SWT “Wahai manusia! sungguh, Kami telah ciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling KENAL-MENGENAL. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH adalah orang yang paling BERTAQWA. Sungguh ALLAH maha mengetahui, maha teliti”, surah al-hujurat ayat 13. Seterusnya, mari kita lihat apa yang berlaku kepada anak-anak buah ana ini .
Pada hari pendaftaran, program berjalan dengan lancar. Jejaka-jejaka  senior termasuk ana begitu kelam kabut sekali, ke sana ke sini, dan dengan tidak sabar lagi menanti kedatangan adik-adik yang diharapkan dapat menyemai benih-benih al-quran di bumi IQT tercinta ini sehingga tumbuh laksana pohon yang subur yang pucuknya menggapai langit, akarnya mengcekam bumi dan menaungi manusia yang ditimpa terik matahari yang membakar. Masing-masing berebut untuk mengambil tugas yang diperlukan. Antaranya Mohd Luqman Bin Zakaria dan Mohd Zuhir Hilmi bin Malek yang bertugas sebagai kutipan duit untuk tempahan baju sekolah dan batik.Di situ,terpancar senyuman manis daripada pelajar yang bertugas kerana nampak kesungguhan ibu bapa dan pelajar baru itu sendiri untuk meneruskan perjuangan suci di bumi IQT.Sepertimana yang perlu kita ketahui,pendaftaran kali ini agak lain dari yang sebelumnya.Pelajar yang mendaftarkan dirinya sebagai pelajar tahun 1 akan menerima BEG berwarna oren yang berlogo IQT dan juga menerima baju batik yang juga berwarna oren.
Seperti biasa,pelajar yang baru daftar ke IQT,banin mahupun banat,mereka semua perlu menjalani minggu orientasi.Minggu orientasi tidak lain tidak bukan adalah untuk mematangkan fikiran,mencergaskan badan dan meningkatkan ukhuwah mereka kerana mereka semua adalah dari sekolah yang berlainan.Lagu tema pada tahun ini adalah “BINGKAI KEHIDUPAN”.Dan trademark mereka adalah dalam tiga bahasa iaitu perhatian”islam boleh”,attension”we are quranic generation”,tanbih”hayya bil jihad”.Mereka wajib menghafal lagu dan trademark ini.


7/2/2011

Selesai mendaftar,aktiviti pertama adalah pembahagian kumpulan/taaruf dan pemilihan ketua.Aktiviti berjalan agak lambat akibat pembaziran masa yang dilakukan oleh pelajar baru.Mereka cukup lambat dalam pembahagian kumpulan,taaruf dan juga dalam pemilihan ketua.Ini amat menaikkan kemarahan abang-abang fasi dan urusetia yang bertugas.Sebelum mereka menunaikan solat asar secara berjamaah di Masjid As Syatibi,mereka diberi satu amanah iaitu menjaga “barang amanah” yang diberikan kepada mereka iaitu KAPUR.Aktiviti seterusnya akan berjalan pada pukul 5:30ptg tetapi akibat segelintir pelajar yang lambat,aktiviti ini terpaksa dilewatkan setengah jam.Pada aktiviti ini,mereka dimaafkan kerana ini kesalahan pertama mereka.Aktiviti petang bernama “salam mesra sokmo” yang dikendalikan oleh abang fasi iaitu Ahmad Munzir bin Norman.Dalam aktiviti ini,mereka dibahagikan dua kumpulan yang berada dalam bulatan iaitu bulatan dalam dan bulatan luar.Mereka perlu taaruf sesama mereka dalam waktu yang ditetapkan.Aktiviti ini boleh dikatakan taaruf.Selepas siap,setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil untuk memberi sedikit rumusan terhadap aktiviti yang dijalankan.Kumpulan yang cepat tampil ke hadapan akan diberikan markah yang lebih kerana di akhir orientasi ini,mereka yang lebih aktif akan menerima hadiah.Selepas solat maghrib,mereka diberi masa menghafal surah sof dan selepas isya’,mereka bersiap untuk aktiviti seterusnya iaitu “siapa aku” yang dibawa oleh dua orang abang fasi kita iaitu Yasir bin Azam dan Mohd Zuhir Hilmi bin Malek.Dalam aktiviti ini,mereka diminta berlakon berdasarkan teks yang diberi dan ia sungguh mengecewakan para fasilitator dan urusetia kerana mereka tidak bersungguh dalam melaksanakan tugas yang diberi.Mereka masih belum mengerti apa yang diharap oleh fasi dan urusetia.Pada malam itu juga,berlaku satu peristiwa yang ana kira tidak pernah berlaku dalam orientasi sebelum ini iaitu 26 daripada 30 pelajar baru banin menghilangkan/mematahkan barang amanah yang diberi.Ini cukup mencabar abang-abang fasi dan urusetia.Sebagai balasan,mereka ditukarkan dengan barang amanah yang lebih besar dan berat daripada yang sebelumnya.Selepas selesai aktiviti “siapa aku”,sebelum tidur,pelajar baru dikehendaki mentaaruf pelajar lame bagi merapatkan lagi silaturrahim sesama pelajar.Akan tetapi,lain pula yang jadi.Ramai rungutan dari pelajar lama yang mengatakan bahawa segelintir pelajar baru tidak hormat dan cakap nyenyeh dengan abang-abang sampaikan ada yang meninggikan suara.Kelakuan itu sungguh kurang ajar kerana mereka sepatutnya menghormati abang-abang kerana segala perkara yang mereka kurang arif di IQT,akan mereka tanya abang-abang juga.Malal itu,xtau mereka tidur nyenyak ke x.


                           (salam mesra sokmo)
           (Halaqah Tahfiz)
        (Siapa Aku)


Bersambung.....
Pastikan bersama blog ini pada minggu depan yerk..
Ia pasti menjanjikan artikel yang terbek pernah anda baca..
Bacalah..

0 comments:

Post a Comment

Followers

Some Memories

Dia Kekasih Allah