Palestine


aNDai iNi RaMaDHaN YaNG TeRaKHir...

on Sunday, July 31, 2011


AL-FATIHAL
Kepada ahli keluarga kita,saudara kita,guru2 kita,sahabat2 kita dan juga kepada jiran2 kita yang telah pergi dulu meninggalkan kita...Semasa membaca al-fatihah,kita niatkankn kepada mereka..agar mereka sentiasa berada dalam keadaan yang aman di alam yang bakal kita tempuhi pula..InsyaALLAH..Selawat dan salam tidak kita lupakan kepada Nabi Muhammad SAW,ahli keluarga dan seterusnya sahabat2 baginda..
Di bulan ramadhan yang mulia ni,sy nk mntak mf atas sgla salah dan silap dan kalu ade wak rse ati..Menjadi p'kra biase..time ramadhan je..mntk mf..nk raye je mntk mf..adoilaa...Hakikatnye mmg camtu..kalau nk hrpkn mntk mf bln len,mst ssh kn..krna...msg2 mgkin sibuk dgn kerje ataupon ape lg..Jadi,cantik dh ape yg ALLAH buat iaitu Keberkatan Yang Ada Di Bulan Ramadhan..Antarnya adalah bermaaf maafan antara saudara islam di mane ssh untuk kita temui di bulan lain..kate org laa,bulan ramadhan ni la kalu nk bt ibadat pon..sbb pahale berlipat gande..dan Rasulullah SAW sendiri mengakui bhw bln ramadhan adlah antara bln yg terbaik di sisi islam..dan antara klbhan di bln ramadhan ialah terdapat suatu malam yg baiknye lebih drpd seribu malam..bg org2 yg beriman,bulan ramadhan sgt2 ditggu krn dlm bln inilah terdapat satu malam yg menyerupai beramal seribu bln..Sama2 kita berdoa agar diberi perasaan sedemikian rupa..

Di bilan ramadhan ini juga..marilah kita same2 berdoa kpd seluruh umat islam antarnye yg ditindas oleh yahudi dan puak2nye agar diberi pluang untuk berpuasa dgn aman dan damai..

aNDai iNi RaMaDHaN YaNG TeRaKHir...

Masih ada kesempatan untuk melaksanakan sholat di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh dan qalbu…bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil… menangisi kecurangan janji
“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...]
andai kita tahu ini Ramadhan terakhir.. ..
tidak akan kita sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran senantiasa kita bacakan dan perdengarkan kehadapan MU … ya Rabb

andai kita tahu ini Ramadhan terakhir..
setiap malam kita sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu…merintih. ..meminta belas kasih
“sesungguhnya aku berharap untuk ke syurga-MU
dan….aku tak sanggup untuk ke neraka-MU”

andai kita tahu ini Ramadhan terakhir..
kita akan selalu bersama dengan mereka yang tersayang
kita isi Ramadhan dengan hal yang bermanfaat
kita buru…kita cari..suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kita tahu ini Ramadhan terakhir..
kita bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiapkan diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan …lorong-lorong ridha Ar-Rahman
Duhai Illahi…
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah Ramadhan ini paling berarti…paling berseri…
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu …Ya Ilahi
yang bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman….
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi diri kita
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha…bersiap-siap …bersedia …meminta belas-NYA
Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do’a kita di ijabah,
Semoga kita semua senantiasa berada dalam Rahmat dan Hidayah ALLAH SWT serta selalu sehat dalam melaksanakan ibadah Ramadhan.


Saintis Membenarkan Mukjizat Nabi..TAKBIR!!

on Friday, July 1, 2011

Asyura: Saintis Buktikan Laut Merah Terbelah Utk Nabi Musa

moses_parting_the_red_seaDi antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah.Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya. Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube). Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain. Apa beza dengan umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran al-Quran selain puasa? Khutbah Jumaat 11 Muharram 1432H ulasan iktibar Asyura (87)
Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu puasa ini?’ Jawab Yahudi: ‘Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.’ Sabda Nabi SAW : ‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.’ Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. At-Tirmizi berkata: Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi’. Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)
Hadis tentang Yahudi di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa as yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik.
artikel berkaitan:

Saintis buktikan Nabi Musa belah laut


LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.

BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi

Followers

Some Memories

Dia Kekasih Allah