Palestine


MAJLIS "JASAMU DIKENANG"

on Saturday, April 30, 2011
Assalamualaikum  kepada  peminat2 yg dihormati..


(RABU/27.4.2011):- Rabu lepas  telah  berlangsung  majlis  persaraan  USTAZ IBRAHIM BIN HITAM bertempat  di  dewan  Ibnu Mas’ud.Perjalanan  majlis  begitu  meriah  dan  rancak  berikutan persembahan  yg  memukau  penonton.Teramat  rugi  kepada  org  yg  x  hadir  kat  majlis “JASAMU DIKENANG” ..Mungkin inilah persembahan terbaik yg pernah diadakan..

Pada  pagi  tu..Ust Him  diarak  ke  dewan  Ibnu Mas’ud  dengan  menaiki  BECA..WOW!! First  time  kat ma’ahad tu…pengayuh  beca  tu  name  dia  Afiq  dr  tahun 4..dgn  berkace  matekan  spek  RAYBAN,afiq pulak  jd  daya  tarikan..orang  smart  len r kan..tapi  x dilupakan  Ust Him..ramai pelajar berpusu2 mengikuti beca yg dinaiki Ust Him..meriah  tu  kan..rugi  kalu  xdok  kt  majlis  tu...Ust Him tampak sedih apabila  tayar  hadapan  beca  mule  menyentuh  lantai  dewan..sedih  tu..mase  tu  dh  start  sesi bergambar bersame Ust Him dan beca yg m’jadi  tarikan  para  pelajar  dan  juga pensyarah..Rama kerumun ooo….


Majlis pun dmulakan..Kire meriah r sbb rama yg hadir..kate org,sedap mate mandang..Ucapan dr Ust Him yg agk myentuh jiwa skit n ade jgak ucapan dr Ust Muhad n y syg skli,ucapan dr pengarah xde coz pgrah x dpt menghadirkan dirinye..sdeh2…

Nok  jd  ke  crite,masa  majlis  tu,adela  sedikit p’smbahan..Penonton dihiburkan dengan gelagat Farid dan Shah..Antaranya  sajak  dari  tahun 4 iaitu dari Shah  dan  Farid..Sayu hati mendengar sajak yg kudus,tulus,mulus dari Shah..berserta  “DIKIR BARAT”  dari  tahun4  jugok  yg  tidak pernah dilihat  di  BUMI IQT TERCINTA ni..memang menarik  persembahan  yg  dipersembahkan..geli hati penonton melihat gelagat peserta yg berada di atas pentas..dengan latihan yg kobo2  hanya  2  hari  sebelum  persembahan,dan bermacam2  masalah  yg timbul,aksi yg dipersembahkan sangat2 memuaskan,nok wak skali agi wase...alhamdulillah..dgn  berkat  redoNYA,rahmatNYA..Dan ana rase p’smbhan tu dpt memukau rama org..macam pakat tengok belake..sedap gamoknye..:-)..dengan  tok  joro  yg  memiliki  suare  yg  “sleng2 besut”.Nepuk pulok dengan  menggayekan tari  yg  hebat  n  pemain alat muzik  yg  begitu rancak memeriahkan lagi majlis “JASAMU DIKENANG”,terutama ABDULLAH ISMAIL  yg  menggayakan  spek  rayban,smat  pelek.. Alhamdulillah..Ramai  yg  xmenjangka  sebab  kalau  ade  majlis  sebelum2  ni,asyik  nasyid  je..puah  gok kdg2..bkn xbez..bez  nsyid  tp  kerek2,puas  gok..jadi  kami  budok2 thun 4 sepakat  ingin memberi  kelainan  dalam  persembahan  kali  ini..



Selepas tu……mjlis bagi hadioh dr stiap thun kpd Ust Him…Cdeh tol 6pk Ust Him ble trime satu persatu hdiah..masih ana ingat syumannye..akan ingat smpai ble2….ade bagi krusi..toto..gmbor..ayt2 suci al quran.dn mcm2 lagi..bez r Ust Him..huhu..ble abih mjlis,msg2 pakat gi makan plok..smbil2 mkan,ade pljar yg amik gmbo bersama Ust Him sbgai kngan bersame Ust tersayang…mjlis tu sgguh mnyedihkan Ust Him sbb terpksa menggalkan pljar2 yg disayanginya…


(Ustaz Ibrahim bin Hitam)



Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 @ PWTC

on Friday, April 22, 2011

ASSALAMUALAIKUM...
Pesta buku datang lagi...Jomlah kita ramai-ramai menghadirkan diri ke PESTA BUKU ANTARABANGSA yang diadakan bermula pada 22/4 - 1/5...

Firman ALLAH SWT yang mane juga menjadi wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW

"اقْرَأْ" yang bermaksud "bacalah"

lihatlah bangsa2 yg maju,dalam train pon msyrkat die m'bace smpaikan dlm tndas pon ade org bace.so,mailah kite gi same2 n bace same2 krne suke m'bace itu adalah ilmu..

(budak2 pon suke m'bace..contohilah..)


LAPORAN JAULAH ILMIAH KE KUANTAN

on Friday, April 15, 2011
LAPORAN  JAULAH  ILMIAH  KE  KUANTAN


Tarikh      : 6 – 8 April 2011
Tempat    : Kuantan, Pahang
Peserta    : Pelajar  Tahun  4  Banin  Banat ( 32 orang )
Pengiring  : En. Al-Manzil
                    Cik Nurul Akmaliza


TUJUAN
           Lawatan ini diadakan bertujuan untuk menghadiri Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan  tahun 1432 H / 2011 M. Pada tahun ini, negeri Pahang telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Majlis Menghafaz Al-Quran kali ke-32. Majlis yang bermula pada 30 Rabiul Akhir – 4 Jamadil Awal bersamaan 4 – 8 April 2011 ini telah diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
            Di samping itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memberikan sokongan kepada para peserta yang mewakili negeri Terengganu terutamanya sahabat kami, iaitu Nurul Sya’abaniah binti Yahaya dan Umaimah binti Tajul Arifin. Mereka telah mewakili Terengganu bagi kategori 10 juzuk perempuan dan 20 juzuk perempuan.
            Selain itu, lawatan ini juga diharap dapat meningkatkan semangat kami untuk lebih bersungguh-sungguh dalam menjaga Kalamullah serta menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan selepas mendapat suntikan semangat dan melihat kesungguhan para huffaz yang menjadi peserta majlis ini yang merupakan wakil daripada seluruh Malaysia.
             Akhir sekali, lawatan ini juga bertujuan ‘makan angin’ di negeri Pahang khususnya Kuantan. Antara tempat-tempat yang sempat kami kunjungi ialah Teluk Cempedak, KIPSAS, dan sebuah pusat membeli-belah di Kuantan iaitu Kuantan Parade.




LAPORAN  PENUH
Rabu, 6 April 2011.
             Perjalanan yang pada awalnya dijangka bermula pada jam 7.30 pagi terpaksa ditunda pada pukul 9.00 pagi atas beberapa masalah teknikal. Perjalanan dari IQT ke Kuantan mengambil masa selama 7 jam iaitu bermula pada jam 9.00 pagi dan tiba di tempat penginapan pada jam 4.00 petang. Sepanjang perjalanan, tiada sebarang masalah berlaku dan perjalanan lancar.
             Pada jam 11.15 pagi, kami singgah di rumah salah seorang sahabat untuk menikmati makan tengahari yang secara sukarela disediakan oleh keluarganya. Atas permintaan pihak tuan rumah, bacaan tahlil dan Yasin diadakan selepas selesai menikmati hidangan. Kami  memanjatkan seinfiniti kesyukuran kepada Allah kerana dapat juga memberikan sedikit khidmat yang tidak seberapa sebagai balasan atas jasa baik pihak tuan rumah.
             Akhirnya, pada jam 4 petang, kami tiba di tempat penginapan iaitu homestay yang terletak di Taman Sri Mahkota Aman. Pelajar lelaki dibahagikan kepada 2 kumpulan dan menginap di rumah yang berasingan manakala pelajar perempuan pula menginap di rumah yang lain.   
            Agenda pertama dimulakan iaitu menghadiri majlis hafazan bagi sesi malam. Sesi malam bermula pada 8.45 malam dan berakhir pada jam 11.30 malam. Antara persembahan yang menarik perhatian kami ialah persembahan daripada seorang peserta termuda iaitu adik Muaz bin Nadsarudin yang mewakili negeri Perlis. Beliau baru berusia 11 tahun dan sedang menuntut di Maahad Tahfiz Perlis. Beliau mewakili Perlis bagi kategori 20 juzuk lelaki.
              Majlis bersurai pada jam 11.30 malam dan kami terus pulang ke homestay.

7 April 2011, Khamis
              Aktiviti pada hari ini dimulakan dengan menikmati sarapan pada pukul 7.30 pagi di warung berhampiran. Selepas itu, kami terus ke Dewan Jubli Perak bagi menghadiri majlis sesi pagi. Kami amat bertuah kerana seramai 5 orang peserta Terengganu akan mempersembahkan bacaan hafazan mereka pada hari ini.
             Peserta ke-4 iaitu wakil 20 juz perempuan, Umaimah binti Tajul Arifin telah membaca dengan amat baik namun beliau tidak dapat menjawab soalan akhir. Kemudian wakil Terengganu bagi kategori 30 juzuk lelaki pula mempersembahkan bacaan, diikuti wakil 30 juzuk perempuan, wakil 10 juzuk lelaki dan akhir sekali, wakil 20 juzuk lelaki.


              Pada jam 11.30 pagi, kami tinggalkan majlis dan meneruskan agenda lawatan iaitu bersiar-siar di Pantai Teluk Cempedak. Kami berada di sana selama 1 jam menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Terasa diri begitu kerdil tatkala teringatkan firman Allah, mafhumnya ;
             “ Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak  akan melaksanakannya (kerana amat berat ), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh”.
              Kemudian kami terus pulang ke rumah. Masa yang begitu terhad menyebabkan kami  menghargai setiap detik dan menggunakan dengan sebaiknya untuk menghabiskan muraja’ah al-Quran. Kami sedar, walau dalam apa keadaan sekalipun, tidak akan kami biarkan hari kami berlalu tanpa membaca walau sepotong ayat Allah apatah lagi setelah mendapat suntikan semangat selepas melihat peserta-peserta yang begitu hebat dan ‘masyi’.
             Aktiviti yang telah dirancangkan pada petang itu berjalan dengan lancar iaitu ziarah ke rumah salah seorang pelajar banat. Melalui ziarah seperti ini, ikatan ukhuwah antara kami dapat dieratkan di samping dapat mengenali ahli keluarga sahabat kami itu.  
             Setelah berada agak lama di rumah beliau, kami meminta diri untuk pulang kerana pada malam itu kami akan pergi semula ke dewan untuk menghadiri majlis bagi sesi malam. Sebelum itu, kami solat jama’ di Masjid Kolej Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah (KIPSAS ).
             Malangnya, pada malam itu, perancangan kami terpaksa dibatalkan atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Jadi, kami terus pulang ke homestay. Sesetengah pelajar mengambil peluang ini untuk mengulang al-Quran, membuat latihan MUET, dan sebagainya.

8 April 2011, Jumaat

              Walau di mana kami berada, adab dan adat huffaz tidak kami lupakan. Qiamullail diadakan secara nafsi-nafsi seawal jam 4.30 pagi. Setelah itu, kami teruskan dengan solat Subuh berjemaah, bacaan ma’thurat dan bacaan surah Kahfi. Pada pukul 7.00 pagi, kami bersarapan dahulu sebelum pergi ke Dewan Jubli Perak untuk menghadiri Majlis Hafazan bagi sesi pagi. Tatkala sampai di sana, peserta Terengganu telahpun memulakan bacaan bagi soalan pertama. Peserta ini mewakili Terengganu bagi kategori 10 juzuk perempuan.
           Majlis berhenti rehat pada jam 10.00 pagi. Kami mengambil peluang tersebut untuk mengambil gambar beramai-ramai bersama Tan Sri Syaikh Haji Ismail bin Muhammad, Imam Besar Masjid Negara, W.P Kuala Lumpur yang merupakan pengasas Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu suatu ketika dahulu.

          Majlis diteruskan dengan menjemput peserta perempuan bagi kategori 30 juzuk yang mewakili Negeri Selangor iaitu Farah Nabilah binti Amindin. Peserta ini juga telah membuatkan kami takjub kerana usia beliau yang baru mencecah 16 tahun begitu lancar menjawab soalan-soalan yang diajukan,bukan sahaja dari segi hafazan, malah soalan dari bahagian tafsir juga dapat dijawabnya dengan baik.
           Pada jam 11.30 pagi, kami pulang ke homestay untuk berkemas dan bersiap-siap untuk ‘chek-out’. Pada jam 3.00 petang, program diteruskan dengan mengunjungi  Kuantan Parade . Selepas itu, kami pergi ke Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 untuk bersolat dan bersiap untuk menghadiri Majlis Penutup Hafazan Peringkat Kebangsaan pada jam 8.00 malam.
           Seperti yang dijangka, ribuan hadirin yang kebanyakannya merupakan penduduk setempat, pelajar – pelajar sekolah sekitar Kuantan, pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Kuantan, pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Tengku Ampuan Afzan dan sebagainya, telahpun memenuhi tiga perempat dewan.





            Keputusan Majlis Hafazan Al-Quran kali ke-32 adalah seperti berikut :


1.      Kategori 1-10 juzuk

1.      Ahmad Zaki bin Md. Yusof                   mewakili            negeri Kedah
2.      Mohd Azis Badli bin Azmi                     mewakili            negeri Kelantan
3.      Mohd Rashid Ridha bin Mohd Shukri     mewakili          Wilayah Persekutuan

1.      Radhiah binti Ab Rahman                   mewakili              negeri Kelantan
2.      Putri Nur Nadia binti Bakri                  mewakili             Wilayah Persekutuan
3.      Farah Faqihah binti Mohd Iqbal          mewakili              negeri Pahang


2.      Kategori 1-20 juzuk

1.      Muhammad Khairu Razihin bin Abd Razak      mewakili        negeri Sabah
2.      Muhammad Syafee Salihin bin Hassan            mewakili        negeri Kelantan
3.      Razlan bin Ramli                                              mewakili        negeri Sembilan

1.      Farihah binti Zulkifli                            mewakili              Wilayah Persekutuan
2.      Nur Amalina binti Azharuddin            mewakili               Melaka
3.      Siti Hajar binti Wan Ibrahim                mewakili               negeri Pahang


3.  Kategori 1-30 juzuk

1.      Muhammad Haris Syazwan bin Mohd Ariffin        mewakili              Kelantan
2.      Khairul Anwar bin Mohd Dahnan                          mewakili              Perak
3.      Muhammad Ismail bin Hassanuddin                     mewakili              Pahang

1. Farah Nabilah binti Amindin                                    mewakili              Selangor
2. Jueziatul Husna binti Ariffin                                mewakili            Terengganu
3. Nurul Atikah binti Sharudin                                     mewakili               Perak
   

             Setelah tamat majlis, kami terus pulang ke Terengganu pada jam 11.00 malam. Alhamdulillah, kami selamat tiba di IQT pada jam 3.30  pagi.

Kelebihan Solat dari Sudut Sains

on Tuesday, April 12, 2011


Kajian yang dijalankan mendapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia manakala menunaikan solat dengan sempurna dan tertib amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental serta emosi seseorang. Kewajipan bersolat lima kali sehari semalam ke atas semua umat Islam bermula sejak Rasulullah diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj pada malam 27 Rejab.
Ibadah solat begitu istimewa sekali sehingga Rasulullah SAW diangkat naik ke langit bagi menerima Rukun Islam yang kedua ini, tidak seperti ibadah-ibadah lain.
Keistimewaan solat menarik minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) selepas menerima cabaran Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi perdana menteri.
Cetusan berkenaan timbul memandangkan masih belum terdapat kajian yang komprehensif mengenai solat dari segi saintifik.
Kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Menurut Dr. Fatimah, kajian yang dijalankan masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh serta kandungan kolestrol dalam badan.
Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.
"Komposisi tubuh badan manusia meliputi parameter bioimpedance, kuantiti air intra selular dan ekstra selular, jisim sel badan, kadar lemak dan kolestrol dalam darah.
"Pengukuran parameter ini amat penting dalam menentukan tahap metabolisme, kecergasan dan kesihatan seseorang individu," katanya yang menjalankan kajian mengenai komposisi badan.
Kajian komposisi badan terbahagi kepada dua iaitu kebaikan solat zohor dan solat tarawikh terhadap komposisi badan.
Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.
"Kami menjalankan kajian komposisi badan semasa seseorang bersolat Zohor secara jemaah dengan 47 orang peserta berusia 18 hingga 28 tahun," katanya.
Pengukuran analisis bioimpedans (BIA) (kaedah yang digunakan untuk mengukur komposisi badan) diambil sebelum dan selepas solat Zohor secara berjemaah.
Bagaimanapun lima tabiat lazim peserta perlu diambil kira meliputi amalan solat yang sempurna, tahap pemahaman bacaan, menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian, kedudukan tulang belakang semasa rukuk dan keadaan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.
Dr. Fatimah berkata, keputusan menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna.
Kajian berkenaan kata Dr. Fatimah menunjukkan solat lima kali sehari semalam selain ibadah dapat mengurangkan lemak dalam badan.
"Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu," katanya.
Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.
Manakala sistem jantung dan kardiovaskular amat penting bagi kesihatan manusia dan dipengaruhi oleh kekenyalan arteri.
Jika kekenyalan arteri terutama di bahagian jantung berkurangan, ia boleh menyebabkan berlaku penyakit arterioskerosis koronari.
Pengekalan kekenyalan arteri amat penting dalam memelihara sistem kardiovaskular yang sihat.
Ibadat solat, kata Dr. Fatimah, bukan saja melibatkan bacaan surah al-Quran tetapi juga pergerakan anggota badan seperti berdiri, rukuk, sujud dan duduk tahiyat.
"Kajian menunjukkan kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan rehat kepada jantung.
                                                                         Sujud
"Malah kita digalakkan memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan jantung paling rendah," katanya.
Ng Siew Chok yang menjalankan kajian otak dalam solat berkata, setiap pergerakan manusia menghasilkan corak gelombang otak yang tertentu dan unik.
Gelombang otak yang dihasilkan ketika pergerakan meliputi gelombang alfa, beta dan gamma.
Kajian akan dilakukan ke atas gelombang otak yang dihasilkan ketika bersolat pada setiap posisi seperti rukuk, sujud, iktidal dan duduk semasa tahiyat.
"Solat jelas secara umumnya melibatkan pembacaan serta penghayatan ayat suci al-Quran, doa-doa serta pergerakan yang didapati menyamai meditasi.
"Semasa solat, berhenti seketika sebelum bertukar posisi atau tamakninah boleh dikatakan seseorang berada dalam ketenangan," katanya.
Dalam kajian ini isyarat otak subjek Muslim yang bersolat direkod dan dianalisis, di mana dua kajian saintifik dilakukan iaitu perubahan isyarat otak semasa tamakninah dan kesan solat kepada isyarat otak.
Hasilnya, kata Siew Cheok, didapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.
Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.
Maka solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar.
"Dan biasanya selepas melakukan solat, seseorang akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan," katanya.
Pergerakan solat meliputi berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan.
Pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik meningkatkan fungsi dan kekuatan otot dan kajian yang dilakukan merangkumi otot utama yang penting kepada kesihatan manusia.
                                                                    Pergerakan Relatif
Ibadah solat kata Prof. Wan Abu Bakar melibatkan banyak pergerakan relatif antara sendi selain postur tertentu semasa solat juga meletakkan otot pada kedudukan mengecut, santai atau mengembang.
"Selain ibadah, solat boleh dianggap sebagai senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud.
"Sakit pinggang merupakan masalah yang biasa berlaku bagi golongan dewasa dan mereka yang bekerja," katanya yang menjalankan kajian otot dalam solat.
Terapi senaman melalui pergerakan solat yang betul dapat mengembalikan keupayaan kelenturan badan, mengekalkan postur badan yang ideal dan membantu mengurangkan sakit pinggang.
Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat terutama rukuk dan sujud didapati menyamai beberapa pergerakan senaman stabilisasi dan regangan belakang.
"Pergerakan rukuk hampir sama dengan senaman 'selamat pagi' yang bukan saja dapat membantu regangan otot pada bahagian paha tetapi juga melatih koordinasi otot belakang kaki," katanya yang juga menjalankan kajian mengenai solat dan sakit pinggang.
Kajian yang dijalankan merumuskan pergerakan dalam solat dapat memberikan kebaikan dalam memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi aktiviti otot erektor spina terutama bagi mereka yang mengalami sakit pinggang.
Justeru, jelas beliau pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang.
Selain itu, pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan dapat mencergaskan sistem andrologi dan meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.
Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki.
Kajian yang dijalankan menunjukkan senaman pengaktifan otot lantai pelvik oleh penyelidik Van Kampen membuktikan senaman dapat melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.
"Bagaimanapun banyak lagi kajian lanjut yang sedang dijalankan bagi mengkaji lebih lanjut mengenai solat,"

seorang gadis kecil..

on Saturday, April 2, 2011
Ini adalah kisah gadis berumur 10 tahun bernama Bar`ah, yang kedua orang tuanya adlah doktor. Mereka sekeluarga telah berpindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik.


  
Pada usia semuda ini, Bar'ah menghafal seluruh Al Qur’an dengan tajwid, dia sangat pintar dan gurunya mengatakan bahawa dia sudah matang berbanding kanak-kanak yang seusianya. Keluarganya amat komited terhadap agama Islam dan ajaran-ajarannya. Hingga suatu hari ibunya mulai merasa sakit perut yang agak kronik dan setelah beberapa kali diperiksa, di kesan ibu Bar’ah menderita penyakit barah, dan barah ini sudah dalam keadaan yang kritikal.

Ibu Bar’ah berfikir untuk memberitahu puterinya, terutama jika ia terbangun suatu hari dan tidak dapat berjumpa ibunya lagi disampingnya. Ibu bar’ah berpesan kapada anaknya “Bar`ah aku akan pergi ke syurga di depan kamu, tapi aku ingin kamu selalu membaca Al-Quran dan menghafalkannya setiap hari kerana Ia akan menjadi pelindungmu kelak.. “

Gadis kecil itu tidak mengerti dan memahami sepenuhnya apa yang ibunya berusaha beritahukan, Tapi dia mulai merasakan perubahan keadaan ibunya, terutama ketika ia mulai dipindahkan ke wad untuk waktu yang agak lama. Gadis kecil ini menggunakan waktu balik sekolah untuk menjenguk ibunya di wad dan membaca Quran untuk ibunya sampai malam sehinggakan ayahnya datang dan membawanya pulang.

Suatu hari pihak hospital memberitahu ayah bar’ah bahwa keadaan istreinya itu sangat teruk dan ia perlu datang secepat mungkin. Ayah Bar’ah segera menjemput Bar `ah dari sekolah dan menuju ke hospital. Ketika mereka tiba di depan hospital, Ayah Bar'ah memintanya untuk tinggal di kereta. Ini supaya Bar'ah tidak terkejut  jika ibunya meninggal dunia.

Ayah keluar dari keretanya, dengan penuh air mata di matanya, ia menyeberang jalan untuk masuk ke dalam hospital, tapi tiba-tiba datang sebuah kereta meluncur laju dan melanggar ayah Bar’ah dan dia meninggal di tempat kejadian di depan puterinya itu…tak terbayangkan ..tangis gadis kecil pada saat itu…

Tragedi Bar `ah belum selesai sampai di situ. Berita kematian ayahnya yang terpaksa disembunyikan dari ibu bar’ah yang masih terlantar di wad, namun setelah lima hari selepas kematian suaminya akhirnya ibu Bar’ah meninggal dunia juga. Dan kini gadis kecil ini sendirian tanpa kedua orang tuanya. Ibu Bapa rakan-rakan sekolah Bar’ah memutuskan untuk mencari kerabatnya di Mesir, sehingga kerabatnya boleh menjaganya.

Tak berapa lama tinggal di mesir, gadis kecil Bar `ah mulai mengalami sakit mirip dengan ibunya. Setelah beberapa kali diperiksa, Bar'ah didapati mengidap kanser. Sungguh memeranjatkan ketika ia di beritahu menderita kanser. Inilah kata-kata Bar’ah ketika  itu: “Alhamdulillah, sekarang saya akan bertemu dengan kedua orang tua saya.”

Semua teman-teman dan keluarga terkejut. Gadis kecil ini sedang menghadapi musibah yang bertubi-tubi dan dia tetap sabar dan ikhlas dengan apa yang ditetapkan Allah untuknya. Subhanallah..

Orang ramai mulai mendengar tentang Bar `ah dan ceritanya, dan pihak Arab Saudi memutuskan untuk mengurusnya. Pihak Saudi mengirimnya ke Britain untuk mendapatkan rawatan penyakit ini.

Salah satu saluran TV Islam Al Hafiz dapat menghubungi gadis kecil ini dan memintanya untuk membaca Quran. Dan ini adalah suara yang indah yang di lantunkan oleh bar’ah.



Mereka menghubungi lagi Bar’ah sebelum ia pergi ke bandar Coma dan dia berdoa untuk kedua orangtuanya dan menyanyikan Nasyid.

Hari-hari berlalu dan barah mula merebak ke seluruh tubuhnya, para doktor memutuskan untuk mengamputasi kakinya, dan dia bersabar dengan apa yang ditetapkan Allah baginya … tapi beberapa hari setelah pembedahan amputasi kakinya, barah telah menyerang ke otaknya. doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan otak. Dan sekarang Bar’ah berada di sebuah rumah sakit di Britain untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Berdoalah untuk Bar’ah, dan bagi saudara-saudara kita di seluruh dunia.


Jadikanlah Sabar dan Shalat Sebagai Penolongmu. Dan Sesungguhnya Yang Demikian itu Sungguh Berat, Kecuali Bagi Orang-Orang yang Khusyu [ Al Baqarah : 45 ]

Followers

Some Memories

Dia Kekasih Allah